‘Akulah pilot, akulah jurutera’

Suhaini, Zaidatul Insyirah (2025) ‘Akulah pilot, akulah jurutera’. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Pandemik suatu ketika dahulu pernah menghentikan langkah Ameer Farhan Ahmad Fuad, 25, sebagai juruterbang. Situasi itu mendorongnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di UiTM Cawangan Johor, sebelum kembali kepada kerjaya juruterbang di Malaysia Airlines (MAS). “Selepas tamat SPM, saya menyambung pengajian Pilot School di Melaka selama dua tahun. Sepatutnya saya terus masuk MAS, tapi disebabkan Covid, kami semua direhatkan. Jadi masa tu ada yang masuk bisnes, ada yang sambung belajar. Saya pilih untuk sambung belajar,” ujarnya. Ketika ditanya mengapa memilih jurusan tersebut memandangkan ia adalah satu cabang yang berbeza, beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat atas dorongan keluarga. “Keluarga saya tanya nak ambil kursus apa. SPM saja yang saya ada masa tu. Jadi ayah saya, seorang jurutera, cadangkan kejuruteraan. Mula-mula saya minat mekanikal, tapi ayah kata sekarang dunia teknologi, jadi lebih baik ambil elektrik. Saya ikut nasihat tersebut”, jelas beliau. Tambahnya lagi, pengalaman sepanjang melanjutkan pengajian di UiTM sedikit sebanyak memberi nilai tambah terhadap kerjaya beliau ketika ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaini, Zaidatul Insyirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Juruterbang
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128529
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128529.pdf] Text
128529.pdf

Download (33MB)

ID Number

128529

Indexing

Statistic

Statistic details