Lahirnya akauntan holistik dan berdaya saing

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Lahirnya akauntan holistik dan berdaya saing. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak dinafikan lagi keunggulannya dengan melahirkan ratusan malah ribuan, graduan yang berkualiti tinggi dan tidak hanya mahir dalam bidang akademik, tetapi juga adanya sahsiah diri yang tinggi. Menurut Dekan Fakulti Perakaunan Prof. Dr. Norli Ali, sifat-sifat itu haruslah dipandang berat dalam melahirkan graduan yang sempurna dan lengkap. “Pentingnya melahirkan graduan dan akauntan professional yang holistik, beradab dan penuh dengan rasa amanah. Visi ini selaras dengan misi fakulti sendiri dalam menjadi value creator bukan pada diri sendiri sahaja, malah kepada negara.” Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr. Aida Hazlin menenkankan bahawa Fakulti Perakaunan memberi pendekatan pendidikan holistik yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran insaniah selain kecemerlangan akademik. Beliau menekankan bahawa program-program pelajar direka khas untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, menjadikan graduan lebih berkeyakinan dan menonjol dalam pasaran kerja. Prof. Dr. Aida Hazlin menegaskan, “Kami tak nak graduan yang hanya cemerlang akademiknya tapi sahsiah dirinya tidak begitu menonjol. Perakaunan ni, integritinya kena tinggi. Kita kena jaga adab dan amanah kita di samping turut menekankan kepentingan pembangunan soft skills sebagai pembeza utama dan kita kena cari macam mana kita nak differentiate diri kita,” ujar beliau. Fakulti Perakaunan UiTM telah menerima pengiktirafan Platinum Status daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sejak tahun 2010. Pencapaian ini membuktikan kualiti pengajaran dan latihan yang setanding dengan piawaian global.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badrul Hisyam, Amni Harith
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Akauntan
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128525
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128525.pdf] Text
128525.pdf

Download (30MB)

ID Number

128525

Indexing

Statistic

Statistic details