Abstract
Projek Tunas Mekar adalah ilham Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, la berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasil manfaat kepada semua yang terlibat. Dua objektif utama projek ialah meningkat prestasi IKS dengan teknik pengurusan moden melalui input graduan dan memberi pendedahan praktikal kepada graduan supaya mereka memilih kerjaya keusahawanan. Sementara seorang pensyarah daripada UiTM dilantik sebagai kaunselor perniagaan untuk memberi nasihat setiap bulan kepada pengusaha dan graduan. Projek Tunas Mekar bermula pada 20hb. Mei 2005 di Pulau Pinang, diikuti dengan Wilayah Felda, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan, Melaka, Pahang dan Selangor. Projek di Selangor dan Pahang sedang berjalan. Sementara projek di Negeri Pulau Pinang, Kedah, Johor, Kelantan dan Melaka telah pun tamat tempoh dua tahun. Pihak sekretariat sekarang sedang aktif merekrut graduan untuk siri kedua bagi negeri Pulau Pinang dan Iain-Iain negeri.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Percetakan UNSPECIFIED |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12841 |