Abstract
SEBERANG JAYA – 24 Ogos 2024 – Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara (IKMNB) telah menganjurkan program Karnival Kimia Malaysia Zon Utara 2024 yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. UiTM Cawangan Pulau Pinang merupakan rakan strategik IKMNB turut melibatkan staf Jabatan Sains Gunaan sebagai ahli jawatankuasa program dan pempamer. Pada tahun ini, PM ChM Dr Nor Aziyah telah dilantik sebagai Pengarah program dan ChM Marina sebagai setiausaha program. Karnival ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap kimia selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mempromosikan Sains, Teknologi, Pendidikan Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan memperkenalkan kimia sebagai pemacu utama inovasi dan kreativiti. Karnival pada kali ini juga diharap dapat memupuk kesedaran dan pembudayaan sains merentasi masyarakat dan menggalakkan pemindahan pengetahuan pembelajaran kimia kepada pemegang taruh, seterusnya mempromosikan profesion berkaitan sains, khususnya kimia sebagai kerjaya. Selain UiTM Cawangan Pulau Pinang, karnival separuh hari ini juga telah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang), AIMST University, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia (Jabatan Kimia Pulau Pinang), NIOSH Pulau Pinang, KHTP Bio Analytical Laboratory Sdn Bhd, Petronas Chemicals Fertilizer Kedah Sdn Bhd (PCFKSB), TDC Holdings Sdn. Bhd., Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, YapEIM Pulau Pinang serta beberapa lagi industri & NGO. Karnival ini telah dirasmikan oleh ChM Marhayani binti Md. Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, merangkap Pendaftar Institut Kimia Malaysia. Turut sama hadir memeriahkan program kali ini ialah Dato’ ChM Dr. Hj. Mas Rosemal Hakim bin Mas Haris (Pengerusi, Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara), Prof. Madya Dato’ DCP(R) Dr. ChM Yew Chong Hooi (Pengerusi, Forensic Science Society Malaysia), Prof. ChM Dr. Kathiresan Sathasivam (Naib Canselor, AIMST University dan Naib Pengerusi, Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara), Prof. Ir Dato’ Dr Hj Ahmad Rashidy bin Razali (Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang), Encik Shamsul Azhar bin Haban (Wakil TDC Holdings Sdn. Bhd.), Hajjah Norlina Binti Haji Ahmad (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang) dan Encik Mohamed Rushdan bin Maidin (Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang). Majlis perasmian telah diserikan lagi oleh persembahan pesilat-pesilat dari Seni Silat Gerak Ilham termasuk pelbagai aktiviti menarik termasuklah pameran daripada 15 rakan strategik, 5 syarahan berkaitan kimia oleh penceramah jemputan serta pertandingan inovasi peringkat pelajar sekolah. Pada kali ini, sebanyak 20 projek inovasi dari sekolah-sekolah sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah dipertandingkan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bakhari, Nor Aziyah UNSPECIFIED Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Rosli, Siti Azlina UNSPECIFIED Yunus, Mohd Bukhari UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara (IKMNB), Sains, teknologi, pendidikan kejuruteraan dan matematik (STEM), Karnival Kimia Malaysia Zon Utara 2024 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128307 |
