Abstract
Pada tahun 2024, staf Jabatan Sains Gunaan (JSG) terus memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar industri dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sepanjang tahun ini, JSG menerima pelajar dariniversiti seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Politeknik, dan lain-lain. Program latihan industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dalam bidang sains dan teknologi, di samping memperkukuh kemahiran mereka dalam persekitaran kerja sebenar. Staf JSG bertanggungjawab dalam menyelia perkembangan pelajar, memberi bimbingan teknikal serta memastikan objektif pembelajaran dicapai. Melalui kerjasama erat antara penyelia dan pelajar, program ini bukan sahaja membantu pelajar meningkatkan kemahiran analitikal dan penyelidikan, tetapi juga memberi manfaat kepada jabatan dalam memperkenalkan teknologi serta idea baharu. Dengan sokongan dan komitmen tinggi dari semua pihak, penyeliaan pelajar industri di JSG terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Wahab, Nor Aimi UNSPECIFIED Mahmood, Ainorkhilah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Jabatan Sains Gunaan (JSG), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Penyeliaan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128305 |
