Pencapaian & anugerah

Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna and Husin, Nurul Izza (2025) Pencapaian & anugerah. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 6 Disember 2024 (Jumaat), Dewan Besar UiTM Pulau Pinang dipenuhi dengan semangat inovasi dan apresiasi dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi. Bertemakan "Kelestarian Kualiti Melalui Transformasi Inovasi 2024", majlis kali ini membawa konsep Nostalgia Zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, menghidupkan kembali keindahan seni dan warisan negara dalam suasana penuh penghargaan dan inspirasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta Lagu Wawasan Setia Warga UiTM, diikuti dengan persembahan khas Dendangan Seni Lagenda Tan Sri P. Ramlee yang memukau hadirin. Ucapan perasmian oleh Rektor UiTMCPP, Prof. Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan kecemerlangan institusi serta menghargai sumbangan tenaga kerja yang berdedikasi. Majlis ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan kepada individu dan jabatan yang cemerlang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128270.pdf]
Text
128270.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics