Abstract
Pada 6 Disember 2024 (Jumaat), Dewan Besar UiTM Pulau Pinang dipenuhi dengan semangat inovasi dan apresiasi dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi. Bertemakan "Kelestarian Kualiti Melalui Transformasi Inovasi 2024", majlis kali ini membawa konsep Nostalgia Zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, menghidupkan kembali keindahan seni dan warisan negara dalam suasana penuh penghargaan dan inspirasi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta Lagu Wawasan Setia Warga UiTM, diikuti dengan persembahan khas Dendangan Seni Lagenda Tan Sri P. Ramlee yang memukau hadirin. Ucapan perasmian oleh Rektor UiTMCPP, Prof. Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan kecemerlangan institusi serta menghargai sumbangan tenaga kerja yang berdedikasi. Majlis ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan kepada individu dan jabatan yang cemerlang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna UNSPECIFIED Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Inovasi, Apresiasi, Transformasi |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128270 |
