Abstract
Makerspace di perpustakaan akademik adalah satu kemudahan dan tarikan baru yang ditawarkan oleh perpustakaan akademik global. Makerspace merupakan pendekatan transformasi yang diangkat oleh perpustakaan akademik untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap ruang teknologi, kreativiti dan inovasi. Di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), ruang makerspace merupakan mekanisme untuk menggalakkan warga pelajar UniMAP melaksanakan pelbagai projek teknikal dan saintifik di Perpustakaan dan tidak terhad kepada ruang makmal atau bilik kuliah. Makerspace menempatkan ruang teknologi, peralatan, perisian serta perkakasan yang berupaya menjana idea kreatif, kemahiran teknikal dan minda keusahawanan dalam kalangan warga Universiti. Peralatan penting seperti pengimbas dan pencetak tiga dimensi, raspberry pi, perisian phyton, dan sebagainya menjadi tarikan utama di Makerspace Perpustakaan UniMAP. Makerspace di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dibangunkan selaras dengan konsep Perpustakaan 4.0 dalam mendepani cabaran perpustakaan pada masa hadapan untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang berimpak kepada komuniti UniMAP dan komuniti setempat di Negeri Perlis. Peranan Perpustakaan Akademik pada masa kini telah berubah dari semasa ke semasa dalam menyediakan kemudahan dan sumber maklumat dalam pelbagai bentuk kepada pengguna. Kolaborasi diantara Perpustakaan Akademik dan Pusat Pengajian juga penting untuk menyediakan kepakaran dalam menyemarakkan pelbagai aktiviti di ruang Makerspace ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Raoh, Azni Yantee UNSPECIFIED Yahya, Norshafira UNSPECIFIED Ismail, Izdiharuddin UNSPECIFIED Zakaria, Royifazulmaldy UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abu, Roziya roziya307@uitm.edu.my Editor Sheikh Abdul Mutalib, Siti Khairunnisa nnisa@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Page Range: | pp. 9-10 |
| Keywords: | Perpustakaan, Ruang, Inovasi |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128224 |
