Abstract
Tri-S Innoforagri adalah Penyiram Tanaman menggunakan Tenaga Solar, menjimatkan dan cekap tenaga menggunakan bahan kitar semula. Konsep yang digunakan adalah Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga, Pengurusan sisa dan mengaplikasikan konsep 5R “Refuse, Reuse, Recycle, Reduce, Recovery”. Penyiram Tanaman Solar ini memudahkan rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam bidang pertanian. Ini kerana ia akan menyalurkan air ke setiap tanaman yang ditanam sama ada di ladang atau kebun sekaligus memudahkan petani yang ingin menyiram tanamannya setiap hari. Penyiram Tanaman Solar dibina mengunakan tenaga solar dan suis yang dapat membantu pengaliran air dengan baik. Ia mudah dibina dan mesra pengguna. Produk ini mempunyai satu suis, satu panel solar, bateri dan pam air mini. Penyiram Tanaman Solar merupakan penyiram yang menggunakan tenaga matahari. Tenaga solar adalah sumber tenaga alternatif yang baik dan cekap untuk menyiram tanaman.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Roslan, Nur Huda Haida ajaznulaish@gmail.com Fadeli, Nur Liyana Nabilah ajaznulaish@gmail.com Nor Sharifuddin, Nurulain Faqihah ajaznulaish@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Yusoff, Siti Norfazlina fazlina836@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education |
| ISSN: | 9789672948568 |
| Page Range: | pp. 842-846 |
| Keywords: | Penyiram tanaman, Solar, Tenaga |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128209 |
