Soap4lyfe : soap used cooking oil with sandal wood and black seed

Abd Jalil, Irdina Iwani and A.Rosman, Fatin Nur Amira and Lokman, Fatin Nursabrina (2023) Soap4lyfe : soap used cooking oil with sandal wood and black seed. International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education. pp. 719-723. ISSN 9789672948568

Official URL: https://ispike.uitm.edu.my

Abstract

Minyak masak ialah salah satu bahan buangan yang senang didapati setiap hari. Kantin, restoran dan medan selera menyumbang kepada peningkatan kandungan lemak dan gris yang tinggi dalam air basuhan dan mengalir ke longkang. Inilah penyebab kepada sistem perparitan dan pembentungan yang tersumbat sehingga menyebabkan masalah seperti air bertakung dan banjir. Malahan, pembuangan minyak masak terpakai juga boleh menyebabkan pencemaran tanah dan air sehingga menyebabkan kematian haiwan akuatik. Analisis kajian ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap minyak masak terpakai kurang sehingga mereka tidak tahu bahawa minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula seperti tin, kaca dan kertas. Hal ini demikian kerana maklumat tentang kitar semula minyak terpakai tidak meluas seperti bahan lain. Maka inovasi yang dihasilkan merupakan sabun berasaskan minyak masak terpakai dan bahan semula jadi yang sangat bermanfaat iaitu kayu cendana dan jintan hitam. Soap4lyfe ini bukan sahaja untuk mengurangkan sisa cecair dalam alam sekitar tetapi gabungan dua bahan ini supaya memberikan manfaat yang maksimum kepada pengguna. Hal ini demikian, dalam pasaran hanya ada sabun kayu cendana atau sabun Jitan Hitam tetapi kami menggabungkan dua bahan tersebut untuk menghasilkan sabun yang mudah dan efisien dalam membunuh virus covid dan untuk kesihatan kulit.. Kelebihan kayu cendana yang lain ialah ianya membersih kulit dari segala kotoran, menghilangkan jerawat, menyegarkan badan dan juga fikiran. Jintan Hitam juga mempunyai banyak kelebihan seperti merawat kulit-kulit, memberikan kesegaran dan bertindak sebagai anti-kanser. Hasil kaji selidik menunjukkan juga penerimaan masyarakat terhadap Soap4lyfe dan mendapat keputusan yang positif. Sabun semula jadi yang memenuhi ciri teknologi hijau ini dapat membantu memulihara danmeminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar serta menjimatkan kos kerana menggunakan bahan buangan dan bahan sedia ada.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Jalil, Irdina Iwani
g-25375276@moe-dl.edu.my
A.Rosman, Fatin Nur Amira
g-25375276@moe-dl.edu.my
Lokman, Fatin Nursabrina
g-25375276@moe-dl.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Said, Roshima
roshima712@uitm.edu.my
Chief Editor
Yusoff, Siti Norfazlina
fazlina836@uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
T Technology > TP Chemical technology > Oils, fats, and waxes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education
ISSN: 9789672948568
Page Range: pp. 719-723
Keywords: Sabun, Kayu cendana, Jintan hitam
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128128
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 128128.pdf] Text
128128.pdf

Download (2MB)

ID Number

128128

Indexing

Statistic

Statistic details