Abstract
Projek inovasi ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan tumpuan murid menurun semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas dan mencari strategi penyelesaian melalui produk inovasi yang dibangunkan bagi meningkatkan rangsangan otak murid sekali gus memastikan kualiti pendidikan adalah baik. Persoalan bagi projek inovasi ini adalah untuk melihat apakah faktor yang menyebabkan tumpuan murid berkurang atau hilang, melihat sejauh manakah produk inovasi yang dibangunkan mampu meningkatkan rangsangan otak murid dan melihat persepsi murid terhadap penggunaan produk inovasi yang dibangunkan. Projek ini menggunakan metodologi pemerhatian, temu bual dan soal selidik menggunakan Model PDCA dalam menghasilkan strategi atau membangunkan produk inovasi. Hasil pemerhatian dan temubual penyelidik ke atas responden kajian, mendapati murid tidak fokus dan memberi tumpuan terhadap pengajaran yang disampaikan guru, murid banyak berdiam diri, sikap murid yang tidak minat belajar selain faktor rakan sebaya, persekitaran dan faktor guru. Inovator telah membangunkan inovasi yang diberi nama ‘Fresh Up Me’! untuk mengatasi masalah yang dinyatakan dalam projek ini. Analisis data melalui soal selidik mendapati produk ini mampu meningkatkan rangsangan otak murid dan penerimaan produk ini sangat baik oleh responden apabila kesemua item soal selidik memiliki skor min pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, hasil projek inovasi ini membuktikan bahawa masalah tumpuan murid di dalam bilik darjah semasa sesi PdPc boleh ditingkatkan melalui peningkatan rangsangan otak murid melalui produk inovasi ‘Fresh Up Me!’. Keharuman bau hasil campuran cecair pudina, serai wangi, air suling dan gliserin mampu menghasilkan kombinasi bau dan aroma yang boleh menyegarkan minda murid atau responden yang dikaji.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Khairul, Muhammad Ashraf Hakimi ashraf260906@gmail.com Mohd Johar, Muhammad Nizamudin joharn72@gmail.com Muhammad Amin, Muhammad Aiman man_kpc84@yahoo.com Ramdan Mohamed, Lokman lokmanramdanohamed@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Yusoff, Siti Norfazlina fazlina836@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education |
| ISSN: | 9789672948568 |
| Page Range: | pp. 683-688 |
| Keywords: | Rangsangan otak murid, Tumpuan dan fokus murid, Pembelajaran dan pemudahcaraan |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128119 |
