Abstract
Bengkel Perancangan Strategik Jabatan Sains Gunaan (JSG) bagi tahun 2024 telah diadakan pada 28 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat JSG, Tingkat 3, Kompleks Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Perancangan strategik adalah agenda penting universiti ke arah memastikan hala tuju universiti sentiasa selaras dengan visi, misi, dan objektif penubuhannya. Ia merupakan pelan jangka panjang yang dirangka untuk mencapai matlamat utama yang ditetapkan seperti kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi, dan pembangunan pelajar yang holistik. Selain itu, perancangan strategik turut merangkumi aspek pengukuhan kerjasama industri, peningkatan kebolehpasaran graduan, serta pemantapan infrastruktur dan infostruktur. Selari dengan perkembangan teknologi yang pesat dan perubahan global yang dinamik, universiti perlu menyesuaikan polisi dan strateginya bagi memastikan kelestarian operasi, meningkatkan daya saing, dan terus relevan dalam menghasilkan modal insan berkualiti tinggi untuk pembangunan negara. usteru itu, seiring dengan usaha bersepadu ke arah mencapai sasaran perancangan strategik yang ditetapkan untuk UiTMCPP bagi tahun 2024, JSG telah diberikan sebanyak 14 petunjuk prestasi (PI) untuk dicapai.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Perancangan strategik, Industri, Jabatan Sains Gunaan (JSG) |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128042 |
