Team building @ Batu Kurau

Abdul Hamid, Haslinda and Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna and Abdullah, Ainnie Rahayu (2025) Team building @ Batu Kurau. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 14 Ogos 2024, staf Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah mengadakan acara Team Building yang diadakan di Batu Kurau, Perak. Acara dimulakan dengan perjalanan yang penuh semangat, di mana semua staf menaiki bas UiTM dan kenderaan sendiri menuju ke destinasi. Setibanya di lokasi, semua staf memulakan aktiviti yang telah disusun khas di dalam sungai yang cetek. Antara permainan yang dijalankan termasuklah meneka simpulan bahasa, baling belon berpasangan dan permainan radio rosak, yang menguji kerjasama dan komunikasi berpasukan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencabar daya fizikal, tetapi juga mempereratkan hubungan sesama staf dalam suasana yang penuh kegembiraan. Setelah selesai bermain, para peserta berkumpul untuk menikmati juadah di tepi sungai seperti nasi lemak, kuih muih, buah-buahan tempatan dan tentunya durian kampung segar yang menjadi kegemaran semua. Waktu makan ini memberi peluang kepada staf untuk berbual santai, sambil mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di antara mereka. Pada waktu tengah hari pula, kesemua staf menuju ke Chalet Riverfront Sempeneh untuk menikmati hidangan kampung yang amat menyelerakan. Suasana yang nyaman dan menenangkan, makanan yang enak, serta bunyi desiran air sungai yang mengalir menambahkan lagi keceriaan staf. Ada sebahagian staf yang mengambil peluang untuk bermandi-mandi bagi menikmati kesegaran air sungai sambil menjamu makanan ringan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 128041.pdf]
Text
128041.pdf
Download (20MB)
Indexing & Metrics