Abstract
Pada 14 Ogos 2024, staf Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah mengadakan acara Team Building yang diadakan di Batu Kurau, Perak. Acara dimulakan dengan perjalanan yang penuh semangat, di mana semua staf menaiki bas UiTM dan kenderaan sendiri menuju ke destinasi. Setibanya di lokasi, semua staf memulakan aktiviti yang telah disusun khas di dalam sungai yang cetek. Antara permainan yang dijalankan termasuklah meneka simpulan bahasa, baling belon berpasangan dan permainan radio rosak, yang menguji kerjasama dan komunikasi berpasukan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencabar daya fizikal, tetapi juga mempereratkan hubungan sesama staf dalam suasana yang penuh kegembiraan. Setelah selesai bermain, para peserta berkumpul untuk menikmati juadah di tepi sungai seperti nasi lemak, kuih muih, buah-buahan tempatan dan tentunya durian kampung segar yang menjadi kegemaran semua. Waktu makan ini memberi peluang kepada staf untuk berbual santai, sambil mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di antara mereka. Pada waktu tengah hari pula, kesemua staf menuju ke Chalet Riverfront Sempeneh untuk menikmati hidangan kampung yang amat menyelerakan. Suasana yang nyaman dan menenangkan, makanan yang enak, serta bunyi desiran air sungai yang mengalir menambahkan lagi keceriaan staf. Ada sebahagian staf yang mengambil peluang untuk bermandi-mandi bagi menikmati kesegaran air sungai sambil menjamu makanan ringan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Hamid, Haslinda UNSPECIFIED Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna UNSPECIFIED Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Team building, Chalet Riverfront Sempeneh, Jabatan Sains Gunaan (JSG) |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128041 |
