Abstract
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya yang telah membolehkan kita menerbitkan Buletin Jabatan Sains Gunaan (JSG) Edisi 2025. Buletin kali ini berperanan sebagai medium perkongsian ilmu, maklumat, dan pencapaian jabatan sepanjang tahun 2024. Di samping itu, ia juga menjadi saluran terbuka kepada pensyarah untuk menulis dan berkongsi pengetahuan, pengalaman, serta hasil kajian yang bermanfaat kepada seluruh warga jabatan. Sebagai Koordinator yang baru dilantik pada bulan Ogos 2024, saya sedar bahawa masih banyak perkara yang perlu saya terokai dan pelajari, terutamanya dalam aspek pentadbiran. Saya amat menghargai kerjasama luar biasa daripada seluruh warga JSG yang amat membantu dalam melancarkan tanggungjawab saya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Koordinator JSG, Dr. Mohd Muzafa Jumidali, atas kepimpinan cemerlang serta sumbangan besar beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di jabatan ini. Selain itu, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua warga yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Kejayaan yang dicapai bukan sahaja membanggakan jabatan, malah menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melakar lebih banyak pencapaian bermakna. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Editor Buletin JSG dan seluruh sidang redaksi atas usaha gigih mereka dalam menerbitkan buletin ini. Komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan penghasilan kandungan yang berkualiti amat dihargai. Semoga usaha ini dapat terus menyumbang kepada pembangunan dan penyebaran maklumat yang bermanfaat untuk semua. Akhir kata, saya berharap agar semua warga jabatan akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme, dan integriti dalam setiap tugasan yang dilaksanakan. Marilah kita berusaha bersama untuk mengekalkan kecemerlangan jabatan ini. Sekian, terima kasih.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Buletin Jabatan Sains Gunaan (JSG), Komitmen, Pembangunan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128036 |
