Abstract
Majlis tersebut telah diadakan pada 19 Februari 2009 di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Dato' Seri Prof. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA dan sekaligus merasmikan majlis pada malam itu. Antara yang turut hadir untuk penganugerahan tersebut adalah Pengarah Kampus, Prof. Madya Dr. Jamil Hj. Hamali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Hjh. Fatimah bt Bujang, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Abdul Jalil bin Lob, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan Industri yang baru, Prof. Madya Dr. Rosita Suhaimi, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua program, pegawai-pegawai dan staf-staf Hal Ehwal Akademik serta pihak media. Seramai 15 orang pelajar telah mendapat Anugerah Naib Canselor pada Peperiksaan Oktober 2008. Namun 5 orang sahaja yang hadir pada majlis tersebut.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kipli, Nur Aida UNSPECIFIED Ramakrishnan, Prabha UNSPECIFIED Maniam, Yuthandy UNSPECIFIED Abdullah, Norazlin UNSPECIFIED Jack, Suriani UNSPECIFIED Abg Samah, Aizimah UNSPECIFIED Chiew, Fei Ha UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin UiTM Sarawak: Info Kampus |
| Keywords: | Majlis Anugerah Naib Canselor, Anugerah Dekan, UiTM Sarawak |
| Date: | July 2009 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128024 |
