Abstract
UiTM Permatang Pauh, 4 Oktober 2024 - Kesinambungan daripada program Sinar Kasih 1.0, JSG telah mempelawa anak-anak di Rumah Jagaan Bakti, Kampung Kuala Samak (di bawah naungan Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam), Kuala Ketil, Kedah, untuk mengadakan lawatan ke UiTMCPP. Program bertujuan untuk menyantuni dan membuka minda 18 orang pelajar yakni anak anak yatim terhadap STEM selain mengadakan lawatan ke UiTMCPP. Program dimulakan dengan jamuan pagi di Hotel UiTMCPP sebelum para pelajar diberi taklimat ringkas di Dewan Kuliah. Seterusnya mereka diberi peluang “hands on” menjalankan aktiviti/ekperimen yang telah disusun di makmal-makmal Fizik dan Kimia. Diharap melalui program sebegini dapat menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi anak-anak yatim dalam menuntut ilmu dan seterusnya memajukan diri dalam pembelajaran. Program yang berjalan selama separuh hari telah berjalan dengan lancarnya dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak di akhir program.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Bakhari, Nor Aziyah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Program Sinar Kasih, STEM, Rumah Jagaan Bakti |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127883 |
