Strategi memperkasakan industri pelancongan di Terengganu

Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana (2024) Strategi memperkasakan industri pelancongan di Terengganu. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (11). pp. 1-6. ISSN 2682-7824
Abstract

Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Berdasarkan Statistik Pelancongan Domestik tahun 2022, negeri ini telah menunjukkan potensi yang luar biasa sebagai destinasi pelancongan domestik utama. Seramai 883.2 ribu orang pelancong adalah dari Selangor, diikuti oleh rakyat Terengganu sendiri (805.3 ribu), Pahang (729.7 ribu), Kelantan (339.4 ribu), dan Negeri Sembilan (220.7 ribu). Majoriti pelancong iaitu sebanyak 55.7 peratus, mengunjungi Terengganu untuk melawat saudara mara dan rakan, manakala 33.8 peratus untuk tujuan percutian dan rekreasi, membeli-belah (7.8%), urusan rasmi/pendidikan (1.4%), dan hiburan/acara khas/sukan (0.6%) juga memberikan sumbangan, walaupun tidak sebesar kategori utama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127851.pdf]
Text
127851.pdf
Download (756kB)
Indexing & Metrics