Abstract
Kertas ini menganalisis impak dan potensi inovasi Smart Agriculture Farming (SAFAR) berasaskan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan oleh Ts. Mohd Zulaffandi Abdullah. SAFAR adalah pendekatan pertanian moden yang direka khusus untuk meningkatkan efisiensi, produktiviti, dan kemampanan dalam sektor pertanian, khususnya bagi pengusaha cendawan tiram berskala kecil dan sederhana. Inovasi ini, yang menggabungkan bekalan kuasa 12V, control box, modem 4G/5G, kamera pintar, dan sistem pembuat kabus, bertujuan untuk mengatasi masalah utama penanaman cendawan seperti suhu panas dan kelembapan rendah yang menyebabkan kadar kerosakan output setinggi 30%. Pelaksanaan kit SAFAR dalam rumah cendawan membolehkan pemantauan suhu dan kelembapan secara berkala serta siraman air automatik, berjaya mengurangkan kadar kerosakan kepada 5%. Inovasi ini menyumbang kepada peningkatan hasil tanaman, pengurangan kos operasi, dan mengurangkan keperluan tenaga kerja sehingga 60% melalui sistem pemantauan dan pengendalian otomatis jarak jauh menggunakan aplikasi mudah alih. Di samping itu, SAFAR mendapat pengiktirafan dan bantuan geran kewangan dan teknikal daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Di Kelantan, inisiatif pembangunan usahawan tani disokong oleh peruntukan RM500,000 oleh kerajaan negeri, bertujuan meningkatkan pendapatan bulanan usahawan kepada RM5,000 dan mensasarkan 1,000 usahawan tani menjelang 2025. Secara keseluruhan, SAFAR menunjukkan potensi tinggi untuk memberi impak ekonomi dan sosial yang positif kepada komuniti B40, melahirkan lebih ramai usahawan produk hiliran (seperti kerepek cendawan), dan boleh diperluaskan kepada pelbagai tanaman lain (fertigasi, durian, nanas), sekali gus menyokong keterjaminan makanan negara dan meningkatkan taraf hidup pengusaha pertanian.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shahrom, Melissa melissa@uitm.edu.my Zulfakar, Mohd Hafiz mohdhafiz@uitm.edu.my Ramli, Mohd Safwan UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia S Agriculture > S Agriculture (General) S Agriculture > SB Plant culture > Vegetables > Vegetable culture under glass, etc. > Mushrooms |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 12 |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Keywords: | Smart Agriculture Farming (SAFAR), Internet of Things (IoT), Cendawan tiram, Inovasi pertanian, Kecekapan tenaga kerja, Keterjaminan makanan, Usahawan tani B40 |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127739 |
