Abstract
Kertas ini mendokumentasikan dan menganalisis inisiatif keusahawanan sosial yang dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor (UiTMCJ) melalui penubuhan Pusat Inkubator Spa & Sauna (PIKSS) dan projek utamanya, CosMos 1.0. Projek Komuniti Perusahaan Keusahawanan Sosial (Ogos 2021 – Ogos 2023) ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti orang kurang upaya (OKU), kategori B40, dan remaja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Yayasan Segamat. Projek ini melibatkan 12 pensyarah dan 4 pelajar PIKSS yang menyediakan latihan teknikal dalam rawatan spa dan sauna, termasuk rawatan muka asas dan urutan badan asas (menggunakan Teknik Aponia Massage). Objektif utama projek ialah pemupukan interaksi sosial positif dan pembangunan kemahiran keusahawanan yang menjurus kepada peluang pekerjaan. Kejayaan projek ini dicerminkan oleh keberhasilannya mencungkil 20 bakat komuniti OKU dan berjaya melatih seramai 40 orang komuniti OKU sehingga tahun 2023. Impak signifikan projek ini adalah penubuhan Pusat Refleksologi Sendiri oleh PDK Sayangku Taman Yayasan dengan 15 pelatih OKU dan pembukaan perniagaan individu oleh seorang pelatih (Tungku Batu Sungai Segamat). Selain itu, projek ini turut membawa kepada inovasi teknologi peralatan kosmetik, iaitu Teknik Aponia Massage dan Mesin Urutan menggunakan Bio Elektrik System (BeS). Pencapaian CosMos 1.0 yang diiktiraf di Majlis Anugerah AKKPT 2023 menegaskan peranan institusi pengajian tinggi (UiTM) sebagai pemangkin penting dalam memperkukuhkan keusahawanan sosial dan ekonomi komuniti kelainan upaya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Jannah Munirah jannah653@uitm.edu.my Mohamad Khalid, Rusnani rusna162@uitm.edu.my Jaini, Azila azilajaini@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminology W General Medicine. Health Professions > WA Public Health |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 12 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Keusahawanan sosial, Orang kurang upaya (OKU), Pusat Inkubator Spa & Sauna (PIKSS), Teknologi spa dan sauna, Pemerkasaan komuniti, Inovasi Bio Elektrik System (BeS), UiTM Cawangan Johor |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127727 |
