Pasar Payang bukan sekadar pusat perniagaan

Rosli, Mohamad Hafiz (2024) Pasar Payang bukan sekadar pusat perniagaan. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development, 12. pp. 1-6. ISSN 2682-7824
Abstract

Pasar Payang di Kuala Terengganu berfungsi sebagai mercu tanda budaya dan ekonomi yang melangkaui fungsi pusat perniagaan konvensional. Artikel ini meneroka peranan signifikan pasar ini sebagai repositori warisan budaya tidak ketara Terengganu, yang dicerminkan melalui kepelbagaian produk yang ditawarkan. Analisis kualitatif berdasarkan pemerhatian kunjungan tahun 2023 menunjukkan bahawa daya tarikan Pasar Payang terletak pada keupayaannya untuk mengekalkan keaslian barangan warisan seperti songket tenunan tangan (yang telah diiktiraf oleh UNESCO), batik lukisan tangan, dan kraf tembaga tradisional (tepak sirih, gobek). Selain itu, pasar ini merupakan "syurga" bagi makanan warisan tempatan yang unik, yang jarang ditemui di tempat lain. Kejayaan Pasar Payang adalah dalam integrasi perniagaan dengan pemeliharaan budaya, di mana setiap aktiviti jualan bukan hanya transaksi ekonomi tetapi juga manifestasi adat resam dan kehidupan masyarakat setempat. Kesimpulan menunjukkan bahawa Pasar Payang telah berjaya mengekalkan relevansinya, menjadi sebuah ‘perkampungan budaya’ yang kaya warisan, serta menyokong pepatah bahawa sebahagian besar punca rezeki adalah dalam bidang perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127709.pdf]
Text
127709.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics