Abstract
Di sebalik kejayaan cemerlang di dalam pasukan Sepak Takraw bersama pasukan kebangsaan hingga mendapat pingat perak bagi saingan Sukan Sea Hanoi 2022, ada sebuah kisah pengorbanan dan disiplin yang tidak diceritakan kepada umum. Inilah yang dilalui oleh Zuhri Muhammad Zin, tekong pasukan sepak takraw Selangor Pistons yang membuktikan bahawa seorang atlet itu bukan sahaja boleh cemerlang di lapangan, malah di turut cemerlang di dalam kelas. Zuhri melakar sejarah peribadinya yang tersendiri apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan kelas pertama pada Istiadat Konvokesyen ke-102 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Bagi Zuhri, perjalanan dalam menuntut ilmu ini memerlukan pengorbanan masa yang besar. Beliau menegaskan disiplin diri menjadi kunci utama dalam kehidupannya, di samping mengutamakan tugasan akademik terlebih dahulu sebelum pergi ke latihan takraw.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Badrul Hisyam, Amni Harith UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Takraw |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127695 |
