Kebolehpasaran graduan kejuruteraan: realiti di sebalik statistik

Abdullah, Aidil Adha (2025) Kebolehpasaran graduan kejuruteraan: realiti di sebalik statistik. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Isu kebolehpasaran graduan sering menjadi topik hangat, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Media melaporkan peluang pekerjaan semakin terhad,namun pengalaman Andi Farislee, graduan kelas pertama Kejuruteraan Mekanikal UiTM yang kini bekerja sebagai Technical Sales Engineer di sebuah syarikat multinasional memberikan perspektif berbeza. Bagi Andi, majoriti rakannya yang turut bergraduasi bersamanya sudah Berjaya menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Walaupun tidak semua berpuas hati dengan kerjaya pertama mereka, hal itu dilihat sebagai satu fasa normal untuk mendapatkan pengalaman awal sebelum beralih kepada pekerjaan yang lebih sesuai. Realiti ini menggambarkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan kejuruteraan masih baik, namun kepuasan kerjaya menjadi cabaran utama. Selain itu, dari segi persaingan graduan TVET, Andi berpendapat bahawa ia tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman yang membawa kepada naratif tidak baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127694.pdf]
Text
127694.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics