Abstract
Kajian kes ini mendokumentasikan pelaksanaan program pendaftaran perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), anjuran Jabatan Pengurusan Perniagaan dan MASMED Perak, di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar pada 10 Januari 2025. Program inisiatif berterusan ini bertujuan untuk menyokong pelajar kursus Prinsip Keusahawanan (ENT530) melengkapkan tugasan Social Media Portfolio dengan mendapatkan sijil pendaftaran perniagaan jenis perkongsian secara sah. Seramai 52 pelajar terlibat, dan program ini menampilkan kerjasama langsung dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak. Keistimewaan program ini ialah penyediaan taklimat mengenai fungsi SSM dan Akta Pendaftaran Perniagaan, kemudahan pengecualian bayaran di bawah SPPP, serta kemudahan pengesahan kad pengenalan secara fizikal di lokasi dan penjanaan sijil pendaftaran serta-merta melalui sistem atas talian EZBIZ. Program ini terbukti berjaya memberikan pendedahan praktikal, pantas, dan mudah kepada proses pendaftaran perniagaan, sekali gus menjadi platform penting untuk memupuk semangat dan memberi pengiktirafan rasmi kepada mahasiswa sebagai usahawan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zolkifly, Nur Hazwani UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Pendaftaran perniagaan, Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), Keusahawanan pelajar, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Prinsip Keusahawanan, Pendedahan praktikal |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127613 |
