Fuyoh Digital Marketing kongsi strategi digital dengan 176 pelajar UiTM Perak

Zamri, Muhammad Nasrullah and Megat Abu Bazar, Megat Muzzamir and Rasak, Nor Tasnim Syahera and Mohd Azmi, Mohamad Alif Azmiezal (2025) Fuyoh Digital Marketing kongsi strategi digital dengan 176 pelajar UiTM Perak. Bulletin. Universiti Teknologi MARA.

Abstract

SERI ISKANDAR, 23 Mei 2025 – Satu sesi pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah dilaksanakan melibatkan pelajar-pelajar Diploma yang mengikuti kursus ENT300 – Asas Keusahawanan di Universiti Teknologi MARA(UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar bersama Puan Ainin Sofia Muhamad Asri, seorang pakar dalam bidang pemasaran yang juga merupakan Pengarah Urusan Fuyoh Digital Marketing. Beliau telah dijemput khas bagi menyampaikan syarahan dalam talian yang bertemakan “Crafting Winning Marketing Plan Strategies From the Perspective of Today’s Market”, bertujuan memperkasa pengetahuan pelajar tentang strategi pemasaran kontemporari khususnya dalam ekosistem digital. Sesi disertai seramai 176 orang pelajar diploma daripada pelbagai program pengajian. Pendekatan pengajaran kolaboratif ini berpaksikan Model 2, iaitu penyampaian ilmu daripada pakar industri berpengalaman, dengan penumpuan kepada keberkesanan kaedah penyampaian dan pemindahan ilmu secara langsung dari lapangan sebenar. Pelaksanaan program ini amat signifikan dalam memperkukuh pemahaman pelajar terhadap realiti dunia pemasaran, di samping menyediakan mereka untuk menghasilkan Cadangan Pelan Perniagaan sebagai sebahagian daripada penilaian akhir kursus ENT300. Usaha ini turut mencerminkan sinergi antara institusi pendidikan dan industri, yang berjaya mengoptimumkan sumber dari segi masa, kos serta perkongsian ilmu, sekali gus meningkatkan tahapkebolehpasaran graduan sejajar dengan keperluan semasa industri.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zamri, Muhammad Nasrullah
UNSPECIFIED
Megat Abu Bazar, Megat Muzzamir
UNSPECIFIED
Rasak, Nor Tasnim Syahera
UNSPECIFIED
Mohd Azmi, Mohamad Alif Azmiezal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Keywords: Fuyoh Digital Marketing, Pelajar UiTM Perak, Bengkel
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127579
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127579.pdf] Text
127579.pdf

Download (848kB)

ID Number

127579

Indexing

Statistic

Statistic details