Abstract
Artikel ini mendokumentasikan penganjuran Entrepreneurship Week: "Pathway to Entrepreneur Engineer" oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Shah Alam, dari 16 hingga 20 Jun 2025. Program yang dianjurkan oleh School of Chemical Engineering Student Society (SChESS) ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan holistik mahasiswa dan melahirkan jurutera berjiwa usahawan. Inisiatif ini menawarkan pendedahan praktikal keusahawanan melalui pelbagai aktiviti dinamik seperti Pitching Competition, Innovation Showcase, aktiviti jualan langsung pelajar kursus ENT600, serta sesi wacana inspirasi bersama tokoh industri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Penganjuran ini berjaya mempamerkan keupayaan pelajar dalam pengurusan perniagaan sebenar, daripada penciptaan idea dan prototaip sehinggalah strategi pemasaran dan sesi pitching profesional. Disokong oleh kepimpinan fakulti, MASMED, dan kerjasama dengan institusi antarabangsa (Universiti Gadjah Mada), kejayaan program ini dilihat sebagai teras penting dalam usaha UiTM untuk melahirkan graduan teknokrat yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, pemikiran strategik, dan kemampuan menggerakkan ekonomi negara selaras dengan agenda Ekonomi MADANI dan IR 4.0.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Talib, Norhayati UNSPECIFIED Ahmad Fauzi, Ahmad Zarif Zafri UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia T Technology > T Technology (General) > Technical education. Technical schools |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 14 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Keusahawanan kejuruteraan, Pembangunan mahasiswa, Kurikulum ENT600, Technopreneur, UiTM Shah Alam, Inovasi pelajar |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127494 |
