Science X-SIS cipta gelombang niaga mahasiswa melalui reruai keusahawanan

Kamaruddin, Sharir Aizat (2025) Science X-SIS cipta gelombang niaga mahasiswa melalui reruai keusahawanan. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development, Jun (14). pp. 1-5. ISSN 2682-7824
Abstract

Artikel ini menyoroti penglibatan proaktif mahasiswa sains dari Persatuan Science X-SIS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, dalam membudayakan agenda keusahawanan menerusi penganjuran reruai jualan sempena Program VERBEST 2025. Penulisan ini menganalisis bagaimana platform perniagaan praktikal ini dimanfaatkan untuk mengasah kemahiran insaniah kritikal, termasuk strategi pemasaran, pengurusan kewangan, dan komunikasi interpersonal, dalam kalangan pelajar yang bukan berlatarbelakangkan pengajian perniagaan. Fokus utama diberikan kepada keupayaan pelajar mengkomersialkan kreativiti melalui produk makanan dan barangan cenderahati, yang mana hasil keuntungannya disalurkan semula bagi menyokong kelestarian aktiviti persatuan. Inisiatif ini merumuskan bahawa integrasi elemen keusahawanan dalam aktiviti kokurikulum pelajar sains adalah instrumen efektif dalam melahirkan graduan holistik yang versatil, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran dunia sebenar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127430.pdf]
Text
127430.pdf
Download (640kB)
Indexing & Metrics