Abstract
Artikel ini melaporkan inisiatif pendidikan kewangan melalui penganjuran program "Anda Bijak Urus Duit? AKPK Ada Jawapannya!" yang dijalankan oleh Unit Keusahawanan (MASMED) dan Kelab Digital Marketing (DiMAG) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Program ini dirangka bagi menangani isu literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa dan memberikan pendedahan awal mengenai pengurusan kewangan peribadi serta perniagaan berskala kecil. Melalui penyertaan 80 orang pelajar, program ini memfokuskan kepada dua modul utama iaitu perancangan kewangan realistik ("Menggapai Pelangi") dan strategi kewangan keusahawanan ("Bijak Wang Bijak Niaga"). Hasil program ini menunjukkan peningkatan kesedaran peserta terhadap kepentingan disiplin kewangan, pengurusan hutang, dan peranan AKPK sebagai institusi rujukan profesional, sekaligus mempersiapkan graduan yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan serta mengelakkan risiko keberhutangan yang tidak perlu.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jaini, Azila UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development |
| ISSN: | 2682-7824 |
| Volume: | 14 |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Keywords: | Literasi kewangan, Pengurusan kewangan pelajar, AKPK, Pendidikan keusahawanan, UiTM Johor |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127404 |
