Abstract
Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan pengetahuan sama ada yang diperoleh secara formal ataupun tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan pengetahuan pelajar luas dan berkembang. Lawatan akademik merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar bagi meluaskan lagi pengetahuan mereka. Justeru,seramai21 orang pelajarsemester empat(4) Diploma Pengurusan Ladang, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah serta seorang pegawai pengiring telah mengadakan lawatan akademik dari 21 hingga 24 April 2017 bagi melengkapkan proses pembelajaran untuk kod kursus AGR254 - Entomologi, di mana ilmu yang diperolehi dalam bilik kuliah dapat dipraktikkan di dalam dunia sebenar di samping memupuk kesedaran berkaitan kepentingan serangga terhadap aspek kehidupan manusia terutamanya aspek pertanian dan persekitaran melalui lawatan akademik di Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur. Di samping itu, ianya juga memberikan pendedahan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan yang semakin pupus disebabkan kemajuan dan kemodenan serta hambatan dari segi keperluan sektor perladangan negara terutamanya lawatan yang telah diadakan di Zoo Negara, Kuala Lumpur.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Chik, Yahutazi UNSPECIFIED Rivai Henry, Benedict UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Lawatan akademik, Entomologi, Diploma Pengurusan Ladang, UiTM Sarawak Kampus Mukah |
| Date: | July 2017 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127373 |
