Abstract
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal komited dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara melalui penyediaan pendidikan berkualiti. Seiring dengan agenda ini, UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) berhasrat mencapai status Globally Renowned University (GRU) dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan, dan Keusahawanan. Dalam mengejar kemajuan global, UiTMCJ berpegang teguh pada falsafah "Menggapai ke Langit, Mengakar ke Bumi," yang menekankan keseimbangan antara kejayaan antarabangsa dan pengekalan jati diri serta nilai tempatan. Selain itu, UiTMCJ turut memberi tumpuan kepada transformasi kampus Segamat dan Pasir Gudang menjadi kampus berdaya huni (liveable campus) bagi mewujudkan ekosistem pendidikan yang kondusif. Bagi merealisasikan aspirasi ini, Pelan Strategik Eksekutif UiTM Cawangan Johor 2024-2030 telah dirangka. Dokumen ini bertindak sebagai panduan inisiatif strategik yang komprehensif, mengambil kira senario semasa dan pembaharuan pendidikan tinggi. Pelaksanaan pelan ini diharapkan dapat memacu kecemerlangan universiti, memberi impak positif kepada masyarakat, serta menyumbang kepada pencapaian Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Metadata
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Executives. Executive ability. Industrialists > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges > Public universities and colleges > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Johor |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Keywords: | UiTM Cawangan Johor, Pelan Strategik Eksekutif 2024-2030, Globally Renowned University (GRU), Kampus berdaya huni, Wawasan kemakmuran bersama 2030 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127349 |
