Inspirasi dan kepimpinan P’CES: menyantuni remaja Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Pulau Pinang

Abd Rahman, Zanariah and Mokhtar, Zul Azmi and Azizan, Fairus Azwan and Ismail, Mohd Khairul Azhar (2025) Inspirasi dan kepimpinan P’CES: menyantuni remaja Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) telah menganjurkan Program Tunas Bakti yang bertarikh 7 Disember 2024 bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberikan bimbingan dan suntikan motivasi kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar yang disertai oleh 40 orang pelajar. Pelajar sekolah tersebut telah dibimbing oleh 36 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar kelab P’CES dan diketuai oleh Pengarah Program iaitu Ikhmal Firdaus bin Norhisyam. Turut hadir memberikan sokongan sepanjang program ialah empat orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam yang memainkan peranan sebagai pemandu arah dan penasihat program, iaitu Ts. Zanariah bt Abd Rahman, Dr. ZulAzmi bin Mohtar, Ir. Ts. Fairus Azwan bin Azizan, dan Mohd Khairul Azhar bin Ismail. Antara aktiviti utama yang dijalankan bersama pelajar sekolah adalah ceramah motivasi yang memberi panduan kepada pelajar untuk menghadapi cabaran hidup secara positif dan pro aktif,serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah,kemahiran komunikasi, dan keyakinan diri. Semua aktiviti telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat di antara fasilitator dan pelajar sekolah serta tenaga pengajar. Program ini melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang diserikan oleh kehadiran Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti,Cikgu Sazalimi bin Mohamad,serta Ts. Dr. Samsudin bin Abdul Hamid selaku Ketua Program(Diploma),Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Permatang Pauh.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahman, Zanariah
UNSPECIFIED
Mokhtar, Zul Azmi
UNSPECIFIED
Azizan, Fairus Azwan
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin FKA
ISSN: 2716-6325
Keywords: Latihan dalam kumpulan (LDK), Tunas Bakti, Kelab Penang Civil Engineering Student Society (P’CES)
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127312
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127312.pdf] Text
127312.pdf

Download (1MB)

ID Number

127312

Indexing

Statistic

Statistic details