Kajian perspektif alumni "DIIM Johor" terhadap Program Diploma Pengurusan Maklumat UiTM dan arah tuju masa depan kerjaya

Shafie, Zailani and Abu, Abdul Razak and Sahrani, Rosnita (2007) Kajian perspektif alumni "DIIM Johor" terhadap Program Diploma Pengurusan Maklumat UiTM dan arah tuju masa depan kerjaya. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Antara faktor penting dalam pembangunan kurikulum pendidikan adalah memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Alumni atau bekas pelajar boleh menjadi penyumbang penting dalam penambahbaikan kurikulum di samping memberi gambaran mengenai pasaran kerjaya lulusan Diploma Pengurusan Maklumat. Kajian ini bermanfaat dalam menilai semula sama ada ilmu yang diperoleh memberi manfaat secara langsung terhadap kerjaya mereka sekarang, serta mengenal pasti bidang pengajian yang menjadi pilihan setelah memperoleh diploma masing-masing. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perancangan masa hadapan graduan dan mendapatkan cadangan untuk penambahbaikan program. Hasil kajian mendapati sebilangan besar alumni program Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Johor memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama. Manakala sebilangan kecil memilih untuk terus bekerja, dengan kebanyakan mereka berkhidmat dalam sektor pengurusan dan pentadbiran serta berstatus tetap. Bagi menambah baik program ini, rata-rata responden mencadangkan agar latihan praktikal diterapkan atau diadakan bagi pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Maklumat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 127307.pdf]
Text
127307.pdf
Download (422kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics