Abstract
Antara faktor penting dalam pembangunan kurikulum pendidikan adalah memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Alumni atau bekas pelajar boleh menjadi penyumbang penting dalam penambahbaikan kurikulum di samping memberi gambaran mengenai pasaran kerjaya lulusan Diploma Pengurusan Maklumat. Kajian ini bermanfaat dalam menilai semula sama ada ilmu yang diperoleh memberi manfaat secara langsung terhadap kerjaya mereka sekarang, serta mengenal pasti bidang pengajian yang menjadi pilihan setelah memperoleh diploma masing-masing. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perancangan masa hadapan graduan dan mendapatkan cadangan untuk penambahbaikan program. Hasil kajian mendapati sebilangan besar alumni program Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Johor memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama. Manakala sebilangan kecil memilih untuk terus bekerja, dengan kebanyakan mereka berkhidmat dalam sektor pengurusan dan pentadbiran serta berstatus tetap. Bagi menambah baik program ini, rata-rata responden mencadangkan agar latihan praktikal diterapkan atau diadakan bagi pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Maklumat.
Metadata
| Item Type: | Research Reports |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shafie, Zailani UNSPECIFIED Abu, Abdul Razak UNSPECIFIED Sahrani, Rosnita UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Keywords: | Pembangunan kurikulum, Alumni, Diploma Pengurusan Maklumat, Pasaran kerjaya, Latihan praktikal |
| Date: | 2007 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127307 |
Download
127307.pdf
Download (422kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
127307
Indexing
