Komputer dalam pendidikan: skop penggunaan komputer di kalangan guru sekolah di negeri Johor

Ismail, Yusri and Khalil, Nosiah and Zainuddin, Noor Azrin (2004) Komputer dalam pendidikan: skop penggunaan komputer di kalangan guru sekolah di negeri Johor. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan skop penggunaan, pengetahuan serta tahap kemahiran komputer umumnya dan perisian komputer khasnya seperti MS-Office dalam kalangan guru-guru sekolah di sekitar negeri Johor. Pengetahuan komputer selain bidang pengkhususan guru didapati menjadi nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan pengajaran, carian maklumat, perkongsian maklumat dan pengurusan maklumat. Latar belakang pendidikan, jantina dan pemilikan komputer adalah antara faktor-faktor yang memberi kesan terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru sekolah sekitar negeri Johor. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan negeri Johor. Gred sekolah dibahagikan kepada tiga (A, B dan C) berdasarkan pencapaian dalam UPSR dan SPM 2003. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru menyedari akan kepentingan penggunaan komputer yang mampu membantu mempertingkatkan prestasi kerjaya mereka. Walau bagaimanapun, peratusan guru-guru yang menggunakan komputer di sekolah tidak begitu memberangsangkan dan didapati menyumbang kepada kurangnya minat terhadap komputer. Faktor tidak memiliki komputer juga menyumbang ke arah tersebut. Skop penggunaan komputer didapati terhad kepada penggunaan fungsi-fungsi asas dalam perisian MS-Office seperti menaip surat, menyediakan soalan dan mencetak dokumen. Bilangan yang menggunakan fungsi-fungsi seperti mail merge, aplikasi grafik dan manipulasi formula adalah amat sedikit. Pengkhususan guru menunjukkan guru Sains lebih banyak menggunakan komputer dalam kerjaya berbanding guru Matematik, Bahasa Inggeris dan Geografi, manakala tiada perbezaan ketara dari segi peratus penggunaan komputer di antara guru sekolah harian biasa dengan sekolah berasrama.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Yusri
UNSPECIFIED
Khalil, Nosiah
UNSPECIFIED
Zainuddin, Noor Azrin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Keywords: Kemahiran komputer, Penggunaan MS-Office, Guru sekolah, Teknologi pendidikan, Negeri Johor
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127305
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127305.pdf] Text
127305.pdf

Download (447kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

127305

Indexing

Statistic

Statistic details