Abstract
Seramai 40 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam(Infrastruktur) dan Diploma Kejuruteraan Awam telah menyertai satu program lawatan sambil belajar ke Pelabuhan Pulau Pinang pada 14 November 2024 bermula seawall 9 pagi sehingga 12 tengahari.Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Penang Civil Engineering Student Society (P’CES) yang bernaung di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan disertai oleh tiga orang pensyarah pengiring iaitu En. Mohd Khairul Azhar Ismail,Ts. Zanariah binti Abd Rahman, dan Ir. Ts. Fairus Azwan Azizan. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada para pelajar yang sedang mengikuti kursus Highway and Traffic Engineering, khususnya berkaitan pengoperasian pelabuhan, system kawalan trafik perkapalan, serta struktur kejuruteraan dan penyelenggaraan bangunan pelabuhan. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dengan sesi ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Encik Syarmizar bin Mhd Nasir selaku Pengurus Korporat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang(SPPP) serta Ts. Zanariah binti Abd Rahman selaku pensyarah FKA UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sesi taklimat ini kemudian diteruskan dengan penerangan berkenaan latar belakang Pelabuhan Pulau Pinang, ruang lingkup kerja,ciri-ciri keselamatan yang diamalkan dan operasi yang dijalankan di Pelabuhan Pulau Pinang oleh Puan Norwahida Azwani binti Mat Yusop selaku Jurutera SPPP dan Encik Hazwan bin Azhar selaku Ketua Seksyen Bahagian Operasi Penang Port Sdn Bhd (PPSB). Turut serta di dalam taklimat ini juga ialah para wakil dari SPPP dan para wakil dari PPSB. Selesai sesi taklimat, para pelajar kemudian dibawa masuk ke pelabuhan kontena iaitu di Pengkalan Kontena Butterworth Utara(PKBU) bagi melihat sendiri bagaimana skop kerja dan operasi yang dijalankan selain daripada melihat struktur dan infrastruktur yang ada di dalam kawasan PKBU.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Zanariah UNSPECIFIED Azizan, Fairus Azwan UNSPECIFIED Ismail, Mohd Khairul Azhar UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Latiff, Muhamad Faizal Pakir UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang(SPPP), Highway and traffic engineering, kelab Penang Civil Engineering Student society (P’CES) |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127291 |
