Bengkel Intensif Fluid Mechanics

Hambali, Satira and Abu Bakar, Amalina Amirah (2025) Bengkel Intensif Fluid Mechanics. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pada semester Oktober’24-Februari’25 yang lalu, tiada lagi Bengkel Cantas Gagal dijalankan seperti semester-semester sebelumnya. Bengkel Cantas Gagal ini digantikan dengan Bengkel Intensif Fluid Mechanics, di mana ia agak berbeza sedikit kerana tidak melibatkan keseluruhan pelajar. Bengkel ini diwajibkan ke atas pelajar yang mengulang dan beberapa pelajar terpilih yang dianggap lemah dalam fizik/matematik berdasarkan keputusan semester sebelumnya. Sebelum membuat pilihan ke atas pelajar, pensyarah terlebih dahulu membuat semakan keputusan peperiksaan ke atas setiap pelajar bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan bimbingan. Sepanjang semester, jika pensyarah mendapati ada pelajar lain yang lemah dan memerlukan perhatian tambahan, pensyarah boleh menambah pelajar tersebut ke dalam Bengkel Intensif yang sedia ada. Bengkel Intensif Fluid Mechanics ini telah dijalankan dalam 3 siri. Siri pertama diadakan pada minggu ke-6 sebagai kelas ulangkaji. Semasa bengkel, pensyarah membincangkan topik-topik yang telah diajar dari minggu pertama hingga minggu ke-5 bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik-topik tersebut. Siri kedua diadakan pada penghujung minggu ke-8 sebagai persediaan untuk Ujian pada minggu ke-9. Satu set soalan yang merangkumi topik dari minggu pertama hingga minggu ke-8 diberikan kepada pelajar sebelum bengkel untuk mereka cuba. Semasa bengkel, pelajar diajar strategi yang berkesan untuk menjawab soalan ujian/peperiksaan. Siri ketiga diadakan pada penghujung minggu ke-14. Sama seperti siri kedua, satu set soalan diberikan kepada pelajar sebelum bengkel untuk mereka cuba, tetapi untuk bengkel kali ini, soalan tersebut merangkumi semua topik. Bengkel ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar untuk lulus subjek ini, dengan syarat pelajar menghadiri ketiga-tiga bengkel, mencuba terlebih dahulu soalan yang diberikan serta mengambil bahagian dengan mengajukan soalan semasa bengkel. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya, iaitu untuk mengurangkan peratusan kegagalan. Hasil daripada bengkel ini, hanya 11 daripada 84 orang pelajar yg gagal (13%), manakala yang mendapat A/A+ adalah seramai 20 daripada 84 orang pelajar (24%).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hambali, Satira
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Amalina Amirah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin FKA
ISSN: 2716-6325
Keywords: Fluid mechanics, Matematik, Fizik
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127121
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127121.pdf] Text
127121.pdf

Download (865kB)

ID Number

127121

Indexing

Statistic

Statistic details