Budaya organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan: Kumpulan Pendidikan YPJ Johor Bahru

Zolkefli, Zuliana and Uteh, Nor Fazlin (2012) Budaya organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan: Kumpulan Pendidikan YPJ Johor Bahru. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Dalam era globalisasi kini, modal insan yang cemerlang merupakan mereka yang akan berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang lain. Dalam membangunkan modal insan, setiap organisasi akan menguruskan pengetahuan dikalangan pekerjanya dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam menguruskan pengetahuan, perkongsian pengetahuan antara pekerja semakin dilihat sebagai salah satu aktiviti utama pengekalan pengetahuan di peringkat syarikat dan menjaga keupayaan persaingan syarikat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor budaya dalam organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di kalangan tenaga kerja Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Johor Bahru. Sebanyak 100 soal selidik telah diedarkan kepada pekerja Dalam kajian ini hanya dua komponen budaya organisasi yang diuji iaitu individu dan struktur organisasi di mana terdapat 4 elemen di dalamnya iaitu kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orentasi pasukan dan struktur tidak formal. Tahap perkongsian dianalisis dengan menggunakan kaedah skor min. Kajian mendapati bahawa tahap perkongsian pengetahuan di kalangan tenaga kerja Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), adalah di peringkat sederhana. Walau bagaimanapun hasil analisis menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan hanya dua faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan iaitu komunikasi dan kepercayaan Cadangan juga diberikan pada akhir kajian ini.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zolkefli, Zuliana
UNSPECIFIED
Uteh, Nor Fazlin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
P Language and Literature > PE English language > Study and teaching > Malaysia
Q Science > Q Science (General) > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Keywords: Perkongsian pengetahuan, Budaya organisasi, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Komunikasi, Kepercayaan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127101
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127101.pdf] Text
127101.pdf

Download (429kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

127101

Indexing

Statistic

Statistic details