Abstract
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mengeluarkan penerbitan e-buletin PPT edisi yang ketiga. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin PPT edisi ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan buletin
yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun ini dapat dirakamkan dan menjadi sumber rujukan dalam sejarah PPT. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga PPT telah menatijahkan penerbitan buletin ini yang dapat kita tatapi.
Saat pandemik covid-19 ini telah memberikan impak yang besar kepada pelajar-pelajar PPT terutama pelajar daripada keluarga B40. Sehubungan dengan itu, koordinator PPT di semua kampus-kampus UiTM telah mengambil pelbagai langkah yang proaktif dalam membantu meringankan beban pelajar yang terkesan antaranya sumbangan bantuan wang
tunai, telefon bimbit, kredit telefon bimbit, komputer riba, komputer riba, agihan makanan food bank, motivasi belajar dan lain-lain lagi .
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi pppt@uitm.edu.my |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works A General Works > Academies and learned societies (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) |
ISSN: | 2773-6008 |
Date: | July 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12710 |
Download
Bulletin PPT 3.pdf - Published Version
Download (10MB)