Menjejak kehidupan tapir di Pusat Konservasi Hidupan Liar

Alias, Salina and Osman, Nur Masyitah and Zakariah, Zulfairul and Rohim, Rohamezan (2025) Menjejak kehidupan tapir di Pusat Konservasi Hidupan Liar. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Tapir – si pemalu dari hutan mungkin jarang kita temui, tetapi di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Sungai Dusun Selangor, kami berpeluang mendekati kehidupannya dengan lebih dekat. Di sinil, setiap tapir ada kisahnya tersendiri. Punjut, Cik Li, Mat Liat dan Kapar yang berasal dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor adalah antara tapir yang ditempatkan di pusat konservasi. Mereka merupakan sebahagian tapir yang dijumpai mengalami kecederaan atau memerlukan rawatan pemulihan. Ada yang tercedera di kaki, badan dan belakang badan. Sebahagian besar kecederaan berlaku akibat terjerat atau kemalangan lain semasa berada di habitat semula jadi. Tapir yang cedera akan diberi rawatan dan perlindungan, sebelum dikembalikan semula ke habitat asal apabila pulih. Dalam menyelami kisah tapir yang akhirnya bernaung di pusat konservasi ini membuka ruang untuk kami memahami kehidupan mereka dari sudut yang lebih dekat. Bukan sahaja tentang sejarah mereka, tetapi juga keperluan semasa mereka di sini seperti saiz kandang yang sesuai, penyediaan makanan yang mencukupi, sistem kumbahan yang berkesan, hinggalah kepada kolam yang menjadi ruang mereka bermandi dan berehat. Tapir ialah haiwan herbivor yang gemar menikmati pelbagai tumbuhan dan buah-buahan segar. Antara menu harian mereka termasuklah daun senduduk, daun nangka, daun kepompong dan buah mangga, karot, ubi keledek serta jambu. Setiap hari, tapir diberi makan dua kali sehari, mengikut ketersediaan makanan dan jadual yang dijaga rapi oleh penjaga mereka. Seperti haiwan lain, tapir juga menghasilkan najis dan urin dalam jumlah yang agak banyak setiap hari. Najis akan dibersihkan dahulu sebelum kandang atau night stall mereka dibasuh. Proses ini penting untuk memastikan tapir sentiasa selesa dan sihat. Menariknya, air basuhan daripada pembersihan kandang inilah yang menjadi sumber utama air sisa yang perlu dirawat. Lawatan ke Pusat Konservasi Tapir ini memberi peluang kepada kami untuk memahami bukan sahaja corak kehidupan haiwan unik ini, malah juga kepentingan menjaga alam sekitar melalui pengurusan sisa buangan yang lestari. Terima kasih buat PERHILITAN dan kerajaan kerana sentiasa prihatin menjaga dan melindungi tapir – si comel khazanah negara kita!

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Salina
UNSPECIFIED
Osman, Nur Masyitah
UNSPECIFIED
Zakariah, Zulfairul
UNSPECIFIED
Rohim, Rohamezan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin FKA
ISSN: 2716-6325
Keywords: Tapir, Herbivor, Perhilitan
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127083
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127083.pdf] Text
127083.pdf

Download (927kB)

ID Number

127083

Indexing

Statistic

Statistic details