Pengalaman mengendali pengajaran kolaboratif bagi kod CEW442 semester 20242 bersama pensyarah tamu UTHM

Badrealam, Sabariah (2025) Pengalaman mengendali pengajaran kolaboratif bagi kod CEW442 semester 20242 bersama pensyarah tamu UTHM. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pengajaran Kolaboratif ataupun Collaborative Teaching merupakan salah satu kriteria yang diambil kira semasa penilaian Sasaran Kerja Tahunan bagi setiap pensyarah di UiTM ini. Oleh yang demikian, setiap tahun akan diadakan kerjasama di antara pihak UiTM dan organisasi luar. Untuk merealisasikan pengajaran kolaboratif ini, bermulalah beberapa prosedur termasuklah pendaftaran CGCT secara atas talian, pencarian penceramah dan menghantar laporan CGCT kepada pihak CIDL. Inilah pengalamanku sebagai pensyarah untuk mengendalikan pengajaran kolaboratif ini termasuklah, menyediakan surat jemputan kepada pihak luar, di mana perbincangan berlaku terlebih dahulu melalui Whatsapp dan email bagi menetapkan tarikh, waktu dan tajuk yang sesuai sebelum surat jemputan menyusul kepada penceramah. Pada tanggal 12hb Jun 2024 jam 10 pagi di medium ZOOM satu perkongsian ilmu yang bertajuk Non Steady Flow (Gradually Varied Flow) telah berlangsung secara atas talian bersama Ts Dr. Sabariah Binti Musa dan 17 orang pelajar. Penceramah tamu yang dijemput ini, merupakan salah seorang pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam pengajaran. Pada semester ini, pelajar yang mendaftar kod CEW442 tidaklah ramai kerana kod ini ditawarkan kepada ambilan matrikulasi dan politeknik sahaja. Melalui pengajaran kolaboratif ini, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pejalaran dan dapat juga bersilaturahim bersama pensyarah dari universiti luar. Sesi perkongsian ilmu ini berjalan selama 2 jam, diawali dengan introduction of non steady flow dan juga beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dikongsikan. Di akhir sesi ini, beberapa tugasan telah diberikan kepada para pelajar bagi memantapkan ilmu yang di kongsikan. Semoga dengan adanya pengajaran kolaboratif ini secara tidak langsung ia dapat meluaskan lagi jaringan industri pendidikan di UiTM dengan agensi luar . Beberapa keping gambar dan poster yang sempat di kongsikan sepanjang sesi pengajaran ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badrealam, Sabariah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin FKA
ISSN: 2716-6325
Keywords: Collaborative teaching, Zoom, UTHM
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127067
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127067.pdf] Text
127067.pdf

Download (816kB)

ID Number

127067

Indexing

Statistic

Statistic details