Komander kesatria memupuk asas kepimpinan mahasiswa

UiTM, Korporat UiTM (2018) Komander kesatria memupuk asas kepimpinan mahasiswa. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Shah Alam: Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) siri ke-52 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria dengan kerjasama Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini telah berjaya melahirkan 113 orang Komander Rendah Muda. Program ini dijalankan selama 12 hari yang melibatkan 113 orang peserta daripada UiTM dan pelajar daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Seramai 40 orang Komander Pengiring iaitu Komander Kesatria dan 8 orang jurulatih telah terlibat dalam menjayakan latihan tahunan ini. Program yang dirasmikan oleh YBhg. Lt. Dato' Nurulhidayah Binti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ini bertujuan untuk memupuk asas kepimpinan mahasiswa dengan menerapkan pelbagai elemen seperti disiplin diri, kerjasama berpasukan, kemahiran kepimpinan dan memupuk semangat patriotisme. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan ilmu survival dan rekreasi hutan selain latihan kawad kaki dan pengucapan awam.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@uitm
ISSN: 2682-7794
Keywords: salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127055
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 127055.pdf] Text
127055.pdf

Download (2MB)

ID Number

127055

Indexing

Statistic

Statistic details