Abstract
Langkah Pertama, Langkah Paling PENTING! “Tak perlu jadi hebat untuk mula. Tapi kita perlu mula untuk jadi hebat!” Ramai pelajar beranggapan mereka perlu tunggu ‘mood’ atau semangat datang terlebih dahulu sebelum boleh berubah atau mencapai kejayaan. Hakikatnya, kejayaan tidak datang dengan menunggu ilham, tetapi bermula dengan satu langkah kecil yang konsisten. Cubalah kita bayangkan: Kalau hari ini kita mula ulang kaji 10 minit, esok tambah jadi 15 minit, dan seterusnya kekalkan konsistensi itu, lama-kelamaan ia akan jadi rutin tanpa rasa terbeban. Tetapi… kalau kita tidak mula langsung? Tiada apa pun yang akan berubah, betul kan? Lihatlah pelajar cemerlang: Bukan semuanya lahir genius. Ramai bermula dengan kelemahan juga. Bezanya, mereka ambil langkah kecil dan ulang setiap hari. Sama seperti membina otot: semakin dilatih, semakin kuat. Setuju? Tips Memulakan Langkah Pertama: 1. Tulis Matlamat Ringkas: Contohnya, “Saya nak capai 3.5 GPA semester ini.” 2. Buat Jadual Mini: Tak perlu sempurna; 10minit fokus ulang kaji pun sudah cukupuntuk mula. 3. Elak Tunggu “Rasa Rajin”: Buat dulu,semangat akan datang kemudian. Lama-lama akan jadi kebiasaan yang menyeronokkan. 4. Beri Ganjaran kepada Diri Sendiri: Selepas siap ulang kaji, beri ganjaran kecil – tengok YouTube atau TikTok, main game 10 minit,dan sebagainya. Tapi jangan sampai takboleh henti pula! Ingat tak kira siapa kamu sekarang sama ada pelajar biasa, pemalu, lemah dalam subjek tertentu.Yang pastinya semua boleh jadi luar biasa kalau berani ambil langkah pertama. Semester ni, ambil satu langkah. Semester depan, kamu akan terkejut sejauh mana kamu dah pergi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Keria, Roziah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Mood, Konsisten, Fokus |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126951 |
