Semarak keluarga, harmoni komuniti: Hari Keluarga Mengkuang Heights bersama FKA UiTM

Abdul Karim, Nurulzatushima and Musir, Adhilla Ainun and Azizan, Fairus Azwan and Habulat, Afifudin and Abd Rahman, Zanariah and Mansor, Syahirah and Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha and Abdullah, Nor Hafizah Hanis (2025) Semarak keluarga, harmoni komuniti: Hari Keluarga Mengkuang Heights bersama FKA UiTM. Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pada 25 Februari 2024, satu Program Hari Keluarga yang ceria dan penuh kemeriahan telah dianjurkan di sekitar padang permainan dan dewan Taman Mengkuang Heights (TMH) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Pulau Pinang. Program ini berjaya melibatkan penyertaan dari kira-kira 40 buah rumah, dengan lebih kurang 80 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak seawal usia 4 tahun hingga dewasa berusia 50 tahun juga 8 orang pensyarah FKA. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti sukan yang menjadi tumpuan penduduk termasuklah acara Belon di Kaki, Selipar Muzik, Timbang Bola, Sepak Gol, Kotak Kaki Berjalan, Landing Plane, Belon Pecah di Kerusi, serta permainan menarik untuk pasangan seperti "Makin Jauh Makin Sayang", pertandingan berkumpulan menggunakan Kain Batik dan Kain Pelikat, dan acara khas untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun seperti kutip gula-gula. Selain aktiviti sukan dan permainan, pihak pensyarah FKA dari UiTM Pulau Pinang telah menjemput Klinik Kesihatan Berapit untuk turut serta dalam Program Hari Keluarga ini iaitu menawarkan aktiviti kesihatan yang telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk TMH. Petugas kesihatan telah mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan seperti pengukuran tahap gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah serta pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan tahap kesihatan penduduk adalah memuaskan dan mencegah obesiti. Turut diadakan sesi kaunseling kesihatan yang memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan nasihat serta panduan mengenai gaya hidup sihat

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Karim, Nurulzatushima
UNSPECIFIED
Musir, Adhilla Ainun
UNSPECIFIED
Azizan, Fairus Azwan
UNSPECIFIED
Habulat, Afifudin
UNSPECIFIED
Abd Rahman, Zanariah
UNSPECIFIED
Mansor, Syahirah
UNSPECIFIED
Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha
UNSPECIFIED
Abdullah, Nor Hafizah Hanis
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin FKA
ISSN: 2716-6325
Keywords: FKA, Hari keluarga, Mengkuang Heights
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126949
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126949.pdf] Text
126949.pdf

Download (986kB)

ID Number

126949

Indexing

Statistic

Statistic details