Abstract
Pada 10 Januari 2025, satu sesi Collaborative Teaching telah berjaya dianjurkan bagi subjek ECM366 – Civil Engineering Quantities and Estimation dengan tajuk "Cost Estimation of Major Elements of the Construction Industry". Program ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai 140 orang pelajar daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang dan UiTM Cawangan Jengka, Pahang. Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Ts. Nurul Fauziah binti Aziz, seorang Senior Engineer di MMA Tech Engineering Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pembinaan, khususnya dalam bidang anggaran kos dan kuantiti kerja kejuruteraan awam. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman pelajar terhadap proses dan teknik sebenar dalam penyediaan anggaran kos bagi elemen utama pembinaan. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh jurutera di lapangan serta mendedahkan mereka kepada keperluan industri yang sebenar. Dalam sesi perkongsian tersebut, Ts. Nurul Fauziah telah membincangkan pelbagai aspek penting berkaitan anggaran kos, termasuklah penyediaan dokumen anggaran, kaedah pengiraan kos untuk elemen-elemen seperti kerja tanah, struktur konkrit, kemasan dalaman, serta sistem mekanikal dan elektrikal. Beliau juga berkongsi contoh sebenar daripada pengalaman kerjaya beliau, serta menekankan kepentingan ketepatan data dan komunikasi berkesan antara pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Karim, Nurulzatushima UNSPECIFIED Tammy, Nor Janna UNSPECIFIED Musir, Adhilla Ainun UNSPECIFIED Jamaluddin, Amril Hadri UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Platform Microsoft Teams, Jurutera, Mekanikal |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126948 |
