Ad-dhomair: pembangunan aplikasi mudah alih melalui pembelajaran kata ganti nama diri dalam bahasa arab

Azmi, Afifah and Omar, Masitah and Zainuddin, Puteri Faida Alya and Kamal Basir, Mohd Zuhaili (2023) Ad-dhomair: pembangunan aplikasi mudah alih melalui pembelajaran kata ganti nama diri dalam bahasa arab. International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education. pp. 100-105. ISSN 9789672948568

Official URL: https://ispike.uitm.edu.my

Abstract

Kursus bahasa Arab adalah salah satu kursus bahasa ketiga yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini merupakan elektif bagi para pelajar di peringkat diploma mahupun di peringkat ijazah sarjana muda. Menerusi pemantauan yang dilakukan sebelum ini, bagi pelajar yang tidak memiliki asas dalam bahasa Arab di peringkat sebelumnya, mereka akan menghadapi masalah dalam penguasaan tatabahasa. Pelajar perlu menguasai salah satu tajuk kata ganti nama diri Bahasa Arab kerana ia termasuk dalam silibus bagi subjek TAC. Oleh itu, objektif kajian ini ialah membangunkan satu aplikasi mudah alih bagi pembelajaran dhomir untuk kemudahan para pelajar di peringkat permulaan dan seterusnya. Pembangunan aplikasi ini menerusi telefon pintar merupakan salah satu kaedah yang kreatif dan inovatif yang diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan berbanding teknik tradisional. Pembangunan aplikasi mudah alih Ad-Dhomair melibatkan empat proses utama; iaitu cetusan idea projek, cadangan isi kandungan projek, carian rujukan projek dan penyesuaian templat projek. Templat aplikasi yang digunakan adalah mobincube.com. Templat di laman web ini hanya menerima bahan-bahan multimedia berformat JPEG, PNG, MP4 dan URL. Dengan adanya aplikasi mudah alih ini dapat memberi impak yang berkesan agar pelajar menguasai kata ganti nama diri bahasa Arab dengan lebih mudah dan efektif serta dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan menarik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azmi, Afifah
afifah@169@uitm.edu.my
Omar, Masitah
masitahomar@uitm.edu.my
Zainuddin, Puteri Faida Alya
puterifaida@uitm.edu.my
Kamal Basir, Mohd Zuhaili
mohdz3506@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Said, Roshima
roshima712@uitm.edu.my
Chief Editor
Yusoff, Siti Norfazlina
fazlina836@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education
ISSN: 9789672948568
Page Range: pp. 100-105
Keywords: Aplikasi mudah alih, Dhomir, Kata ganti nama diri, Kreatif, Pembelajaran
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126780
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126780.pdf] Text
126780.pdf

Download (2MB)

ID Number

126780

Indexing

Statistic

Statistic details