Abstract
Kelab Penang Civil Engineering Student's Society (P’CES) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Engineering Art 2024 pada 1 Disember 2024. Pertandingan ini merupakan sebuah acara unik yang menggabungkan elemen kreativiti dan aplikasi teknikal kejuruteraan. Program ini membuka ruang kepada para pelajar untuk menzahirkan kreativiti mereka melalui hasil seni bina kejuruteraan seperti model jambatan dan menara. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mereka cipta struktur jambatan dan menara menggunakan batang sate, selotep dan bahan asas lain mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Cabaran ini benar-benar menguji kebolehan peserta dalam merancang, mereka bentuk, dan membina struktur yang kukuh dan stabil dengan bahan yang terhad.
Matlamat utama program ini adalah untuk:
• Memupuk daya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar kejuruteraan,
• Meningkatkan kefahaman terhadap konsep asas struktur dan bahan,
• Menerapkan pembelajaran melalui pendekatan amali yang menyeronokkan.
• Memupuk semangat berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Khairul Azhar UNSPECIFIED Abd Rahman, Zanariah UNSPECIFIED Azizan, Fairus Azwan UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Kejuruteraan, Engineering art, Penang Civil Engineering Student's Society (P’CES) |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126763 |
