Kenali Azrul Zaidi: persona versatil

Ramli, Faten Nazirah and Shamsuddin, Muhammad Akmal and Zulkarnain, Muhammad Faris Aiman and Zulkipli, Fatin Nur and Abdullah, Nurulannisa (2025) Kenali Azrul Zaidi: persona versatil. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (2): 4. pp. 28-36. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382/wm1efm72

Abstract

Kajian ini meneliti peranan dan sumbangan seniman veteran, Azrul Zaidi, dalam pembangunan industri seni tanah air. Dalam konteks industri hiburan Malaysia yang semakin berkembang, artis veteran sering kali terpinggir dan tidak menerima penghargaan setimpal atas jasa mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan isu tersebut dengan meneliti pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh Azrul Zaidi sebagai tokoh seni serba boleh, merangkumi bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyiaran radio dan komedi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghargai serta mendokumentasikan sumbangan beliau dalam industri seni, selain meningkatkan kesedaran terhadap keperluan menjaga kebajikan artis veteran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan. Temu bual separa berstruktur dijalankan secara dalam talian menggunakan Google Meet pada 18 Julai 2022. Rakaman audio-visual dan nota lapangan digunakan sebagai data utama. Azrul Zaidi dipilih sebagai subjek kerana pengalaman dan kepelbagaian bakatnya sejak era 1980-an. Hasil kajian mendapati bahawa Azrul Zaidi merupakan figura penting dalam perkembangan seni hiburan negara, namun berdepan dengan cabaran seperti kekurangan pengiktirafan dan ketidakstabilan kewangan. Pengalaman beliau mencerminkan realiti yang dihadapi oleh ramai artis veteran di Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada dokumentasi sejarah seni negara serta memberi implikasi terhadap keperluan dasar kebajikan dan penghargaan lebih menyeluruh terhadap artis veteran. Ia juga boleh dijadikan rujukan dalam kajian seni, dasar budaya dan sejarah hiburan tanah air.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Faten Nazirah
fatennazirah13@gmail.com
Shamsuddin, Muhammad Akmal
akmalsham00@gmail.com
Zulkarnain, Muhammad Faris Aiman
farisaiman254@gmail.com
Zulkipli, Fatin Nur
fatinnurzul@uitm.edu.my
Abdullah, Nurulannisa
annisa@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Television broadcasting > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 28-36
Related URLs:
Keywords: Entertainment industry, Malaysia, veteran artists
Date: 15 May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126752
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126752.pdf] Text
126752.pdf

Download (204kB)

ID Number

126752

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details