Abstract
Pengurusan Infrastruktur dan Komuniti Berdaya Tahan(RICoM) merupakan entity kumpulan inisiatif penyelidikan yang berpusat diPengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh ditubuhkan secara rasmi pada 1 November 2024 dibawah Neksus Penyelidikan UiTM(ReNeU), Kluster Tenaga & Alam Sekitar (EE)dibawah urus tadbir Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi MARA, ShahAlam. RICoM terdiri daripada enam orang ahli tetap termasuk ketua iaitu Dr Masyitah Md Nujid, dan ahli-ahli tetap iaitu Dr Nor Azliza Akbar, Dr Mohd Samsudin Abdul Hamid, Dr Siti Hafizan Hassan,Dr Kuan Woei Keong dan Siti Rahimah Rosseli. Kumpulan ini turut juga disokong oleh beberapa ahli bersekutu iaitu Dr.Hazrina Ahmad, Dr.Juhaizad Ahmad, Dr. Anas Ibrahim, Ir.Dr.Goh Lyn Dee dan Dr. Salina Alias. RICoM mempunyai ke pelbagaian kepakaran kejuruteraan terdiri daripada bidang geoteknik, struktur, sumber air dan pengurusan projek dibawah penasihat penyelidikan luar dilantik iaitu Prof.Dr. Roslan Zainal Abidin. Penubuhan RiCOM adalah; i) Meningkatkan daya tahan infrastruktur dan komuniti melalui penyelesaian kejuruteraan yang inovatif, amalan pengurusan bencana yang berkesan, dan strategi pembangunan mampan; ii) Menawarkan kepakaran teknikal dalam pencegahan dan mitigasi bencana kejuruteraan untuk pihak berkuasa dan industry tempatan; iii) Membangunkan dan melaksanakan penyelesaian infrastruktur yang mampan untuk bertahan dan pulih daripada bencana; iv) Menyediakan perkhidmatan perancangan, rekabentuk dan pemantauan yang komprehensif sebelum, semasa,dan selepas kejadian bencana dan v) Mengintegrasikan strategi penyesuaian perubahan iklim ke dalam pelan pengurusan bencana dalam pendekatan pelbagai disiplin yang merangkumi pelbagai disiplin kejuruteraan yang berkaitan dengan pengurusan bencana, termasuk pengurusan sungai, pantai, rupabumi, jalanraya, bangunan, jambatan dan empangan. RICoM turut menyokong agenda matlamat pembangunan mampan (sustainable development goals, SDG) iaitu SDG9 (Industry Innovation Infrastructure), Sustainable Cities and Communities(SDG11) dan ClimateAction (SDG13). RICoM meletakkan sasaran jangka pendek dan panjang dalam melestarikan penyelidikan melalui pengurusan infrastruktur dan komuniti berdaya tahan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Nujid, Masyitah UNSPECIFIED Akbar, Nor Azliza UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED Hassan, Siti Hafizan UNSPECIFIED Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED Rosseli, Siti Rahimah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Infrastruktur, Geoteknik, Sustainable Development Goal (SDG) |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126737 |
