Roda Warisan Melayu: kelestarian dan tradisi kereta lembu dalam budaya Malaysia

Ada, Adli Dhiyaulhaq and Rozmi, Mohamad Ikmal Izzat and Wan Mohd Saman, Wan Satirah and Md Jali, Jafalizan (2025) Roda Warisan Melayu: kelestarian dan tradisi kereta lembu dalam budaya Malaysia. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (1): 13. pp. 126-138. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382/dagd0v31

Abstract

Kajian ini bertujuan mendokumentasikan sejarah warisan Melayu yang semakin terpinggir akibat perkembangan teknologi pengangkutan di Malaysia. Sejak abad ke-15, kereta lembu digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh masyarakat India ke Tanah Melayu. Pada awalnya kereta lembu hanya digunakan untuk mengangkut barang, hasil tanaman dan pertanian. Kini kereta lembu digunakan sebagai daya tarikan pelancong di Malaysia. Namun begitu, walaupun kereta lembu dikenali ramai tetapi hasil kajian berkenaan warisan ini masih kurang berbanding warisan kraf lain yang wujud di Malaysia. Kajian ini bertujuan mendokumentasikan warisan kereta lembu yang dirakamkan melalui sejarah lisan atau transkripsi. Kaedah sejarah lisan membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih serta dapat menyumbang kepada sumber rujukan pada masa hadapan. Ia dijalankan dengan mengadakan satu temu bual bersama pengusaha kereta lembu yang masih giat aktif sehingga kini, iaitu Encik Samsudin sebagai peneraju perusahaan milik keluarga beliau selama lima generasi. Kajian ini mendapati persaingan dengan kenderaan moden serta kurangnya minat generasi muda terhadap kereta lembu mengancam kelangsungan seni ini. Encik Samsudin bukan sahaja berusaha mengekalkan keaslian kereta lembu, malah memperkenalkannya sebagai produk pelancongan warisan. Kajian ini menekankan kepentingan dokumentasi kemahiran tradisional sebagai usaha pemuliharaan agar ia tidak lenyap ditelan zaman. Dengan inisiatif dan sokongan masyarakat, kereta lembu berpotensi menjadi satu lagi ikon pelancongan yang membanggakan sekaligus memelihara warisan negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ada, Adli Dhiyaulhaq
adlidhiya@gmail.com
Rozmi, Mohamad Ikmal Izzat
ikmal9806@gmail.com
Wan Mohd Saman, Wan Satirah
assatirah@uitm.edu.my
Md Jali, Jafalizan
jafalizan@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Urban transportation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 3
Number: 1
Page Range: pp. 126-138
Related URLs:
Keywords: Bullock carts, Oral history, Traditional craft
Date: 11 March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126511
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126511.pdf] Text
126511.pdf

Download (515kB)

ID Number

126511

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details