Biar bayang-bayang berbicara: episod Wayang Kulit Gedek

Hamzah, Nur Aimi Nadia and Mohd Najeeb, Nurul Syahirah and Bunawan, Ap-Azli and Md Jali, Jafalizan (2025) Biar bayang-bayang berbicara: episod Wayang Kulit Gedek. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (1): 5. pp. 45-54. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382/dg8fv051

Abstract

Wayang Kulit Gedek berasal daripada Thailand. Wayang kulit ini kurang diketahui orang ramai tentang kewujudannya. Kajian yang kami jalankan mengenai semua aspek Wayang Kulit Gedek iaitu dari asal-usulnya, teknik- teknik pembuatan patung, sehingga cara wayang kulit dipersembah. Dalam kajian kes ini, kami telah menemu bual dua orang tokoh yang sangat berpengalaman dalam warisan seni Wayang Kulit Gedek. Temubual ini telah dijalankan oleh saudari Nur Aimi Nadia Binti Hamzah dan saudari Nurul Syahirah Binti Mohd Najeeb dengan Encik Azhar bin Rusli dan Encik Norizan Bin Abdullah. Tembual pertama adalah dengan Encik Azhar Bin Rusli. Temubual ini dijalankan di tempat kediaman beliau di Hadapan Sek Keb Jelempok, 02600 Arau, Perlis pada hari khamis, 7 November 2024 pada jam 11.50 pagi hingga 2 petang. Beliau telah bergiat aktif dalam warisan seni ini sejak dari kecil lagi. Tambahan lagi, beliau mempunyai kumpulan Wayang Kulit Gedek di tempat beliau dan telah membuat persembahan seni ini di merata tempat di dalam dan luar negara. Selain itu, tembual ini membahaskan tentang asal-usul Wayang Kulit Gedek dan ke semua aspek Wayang Kulit Gedek dengan lebih mendalam. Seterusmya, tembual kedua pula adalah dengan Encik Norizan Bin Abdullah. Beliau merupakan kenalan rapat Encik Azhar Bin Rusli dan bergiat aktif dalam warisan seni ini sejak tiga puluh tahun lalu. Temubual ini dijalankan secara dalam talian pada hari jumaat, 10 Januari 2025 pada jam 5.50 petang hingga 6.39 petang. Temubual ini dijalankan untuk menguatkan kesahihan temubual sebelumnya dan mendapatkan maklumat tambahan tentang Wayang Kulit gedek ini. Beliau memberikan maklumat yang sama seperti Encik Azhar Bin Rusli.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzah, Nur Aimi Nadia
aiminadiaa21@gmail.com
Mohd Najeeb, Nurul Syahirah
nurulsyahirah4766@gmail.com
Bunawan, Ap-Azli
ap-azli@uitm.edu.my
Md Jali, Jafalizan
jafalizan@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Special types > Shadow plays, Wayang, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 3
Number: 1
Page Range: pp. 45-54
Related URLs:
Keywords: Oral history, Shadow puppets, Wayang Kulit Gedek
Date: 11 March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126503
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126503.pdf] Text
126503.pdf

Download (584kB)

ID Number

126503

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details